Wednesday, 22 May 2019

Kehidupan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ku ini. Aku hanya insan biasa yang ingin mencoretkan setiap kisahku dalam blog ini supaya dapat dikongsikan dengan orang lain dan dapat mengambil iktibar daripada kisah ku. Perjalanan ku akan bermula disini dan aku akan berkongsi serba sedikit tentang kehidupan ku ketika ini.

Aku Arina. Umurku baru menginjak ke 18 tahun. Seperti rakan-rakan yang sebaya dengan umur ku. Aku juga sedang menunggu keputusan kemasukan untuk ke universiti awam. Namun untuk ambilan pertama ini aku gagal mendapatkan tempat. Bukan sahaja UA aku tidak lepas begitu juga dengan politeknik. Keputusan SPM ku yang tidak seberapa mungkin itu penyebab aku tidak menempatkan diri di UA. Mula-mula aku dapat tahu tentang berita itu, hati aku hancur luluh diranap dan disentak dengan begitu kuat. Ku sangkakan dengan keputusan spm ku itu aku akan dapat menempatkan diri ke UA, tapi sayang sekali jangkaan ku meleset sekali. Aku hanya duduk terdiam. Memandang skrin komputer riba ku dengan kekosongan. Jiwaku melayang entah kemana. Aku hanya mampu redha dan menunggu keputusan rayuan UPU pada bulan 6 ini.

Hatiku berbelah bahagi.Aku telah ditawarkan untuk kemasukan form 6. Hati aku sangat berbelah bahagi kerana aku ingin masuk ke form 6 tapi aku tiada kemudahan untuk ke pusat itu. Sebenarnya aku telah menghadirkan diri pada hari pendaftaran tapi aku berpatah balik semula ke rumah kerana aku ragu-ragu dengan keputusan diriku sendiri. Tapi hari ni separuh hati ku seolah olah berasa menyesal kerana aku tidak mendaftarkan diri untuk ke form 6. Niatku pada mulanya adalah untuk mengambil BM,Sej,Eko di form 6 kerana minatku yang begitu mendalam dalam bidang sastera. Aku punya hasrat untuk meneruskan dan menaikkan legasi sajak, berpuisi,gurindam, yang telah diperkenalkan oleh nenek moyang kita lagi. Tapi nampaknya hasrat ku terhenti disini kerana aku tidak mendaftarkan diri ke form 6. Aku tidak tahu kenapa aku buat diri ku begini sedangkan aku tahu apa yang terbaik untuk diriku. Adakah aku menjadikan tiada kemudahan sebagai alasan untuk menutup rasa bersalahku? Perkara ini membelenggu diriku ni pada setiap hari. Adakah ini kesan daripada tindakan dungu ku itu atau memang sebenarnya takdir Allah untuk ku adalah perkara yang berlainan daripada yang ku sangka?

No comments:

Post a Comment